English: I poop rainbows     Bahasa Melayu: Ku terfikir     Laman Peribadi

Ahad, 27 November 2011

Kemuncak hariku di alam siber.


Inilah petikan skrin ungkapan pengemaskinian statusku yang paling laku hari ini.
Aku sepatutnya gembira atas satu kejayaan sebegini, namun aku cemas dan risau tentang peperiksaan elektroteknik kuasa yang bakal diduduki hari Selasa ini. Esok pula hari Isnin, mulanya kuliah dan amali :(

Ku enggan…

Ahad, 6 November 2011

Kelas bermula esok

Selamat sejahtera wahai pembaca,

Setelah puas merehatkan minda selama cuti dua minggu, kini semakin hampir waktunya untuk kembali kepada kehidupan lazim seorang mahasiswa: kuliah, kelas tutorial dan kelas amali dari pagi ke petang. Ditambah pula peperiksaan mingguan yang berterusan sehingga hujung penggal, tentu otakku akan penat berkerja.

Jumaat, 4 November 2011

Kelas di waktu cuti: alamat cuti nak habis

Salam Satu Malaysia,

Aku baru sahaja tamat kelas tambahan yang diadakan waktu cuti ini, dan kini berasa lebih bersedia sedikit dari segi mental dan emosi untuk kembali menghadiri kuliah dan kelas amali minggu depan apabila cuti tamat.

Sebenarnya aku berasa susah hati dan keberatan untuk memulakan kelas semula. Inilah akibatnya menghabiskan cuti selama dua minggu duduk dalam bilik goyang kaki dan main permainan komputer. Terus lupa pada pelajaran dan tidak bersemangat untuk pergi ke kelas.

Selasa, 1 November 2011

Peti sejuk baru! | !ڤتي سجوق بارو

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
السلام عليکم دان سلامت سجهترا،

Syukur! Setelah dua bulan cuba menghubungi entiti yang menjual peti sejuk padaku, berjaya juga mendapat maklumbalas positif daripada mereka! Peti sejuk aku yang sudah dua bulan terampai di bilik dan tak berfungsi kini akan mendapat peluang kedua untuk berkhidmat.


شکور !ستله دوا بولن چوبا مڠهوبوڠي اينتيتي يڠ منجوال ڤتي سجوق ڤدکو، برجاي جوݢ منداڤت معلوم بالس ڤوسيتيف درڤد مريک !ڤتي سجوق اکو يڠ سودە دوا بولن ترامڤاي د بيليق دان تق برفوڠسي کيني اکن منداڤت ڤلواڠ کدوا اونتوق برخدمت.
Sudah tentu aku berasa gembira, tetapi pada masa yang sama, kejadian ini membuka mata aku pada satu hakikat:

سوده تنتو اکو براس ݢمبيرا، تتاڤي ڤد ماس يڠ سام، کجادين اين ممبوک مات اکو ڤد ساتو حقيقة:
Seumur hidupku tidak pernah aku begitu teruja dengan peti sejuk. Hidup semakin bosan nampaknya…
سعمور هيدوڤکو تيدق ڤرنه اکو بݢيتو تروجا دڠن ڤتي سجوق .هيدوڤ سماکين بوسن نمڤقڽ

Isnin, 31 Oktober 2011

Maka menjelmalah satu lagi blog


Wahai rakan sekalian,

Setelah sekian lama difikirkan, hasratku untuk memulakan blog dalam bahasa Melayu akhirnya aku laksanakan! Di sini aku bercadang meletakkan semua pantun dan apa-apa sahaja yang mempunyai nilai sastera yang mungkin terhasil secara tidak sengaja sepanjang percakapan seharian aku. Ya, sebab aku memang petah berkata-kata.

Sebenarnya niat nak mulakan blog baru tercetus daripada membaca blog orang lain yang dalam bahasa Melayu. Lagipun Hakim dah lama simpan blog bahasa Inggeris. Sekarang tiba waktunya untuk mencuba satu kebaruan.

Baiklah, sekurang-kurangnya catatan pertama sudah dibuat. Taklah kosong blog ni kan. Moga-moga usaha ini bukannya hangat-hangat tahi ayam. Buat masa ni, nak tidur dulu. Penat menghasilkan header kat atas tu. Cantik kan?



Okay, rasanya gaya penulisan harus diperbaiki dan dikemaskini dengan slang-slang terbaru. First post ni macam agak kekok dan pelik ayat-ayatnya bila dibaca balik. Ataupun, mungkin gaya inilah yang boleh menjadi gaya unik aku. Orang kata trademark. 

Ok bai!
 
Copyright © Ku terfikir