Selamat sejahtera wahai pembaca,
Setelah
Hari ini Hari Raya Aidil Adha, jatuh tepat-tepat pada hari terakhir cuti,
seolah-olah menjadi tanda penamat kepada kebebasanku untuk meneruskan gaya
hidup makan-tidur-layan internet. Alhamdulillah, sempat juga menyambut Hari Raya
dengan jamuan di rumah senior:
Sekarang pula, aku kena bersiap sedia untuk kelas esok. Aku baru sahaja mengimbas jadual waktu yang dirancang bagi minggu-minggu akan datang; hatiku agak kelam, fikiranku menjadi kusut melihat petak-petak berwarna-warni menandakan pelbagai matapelajaran yang disusun berderet-deret dalam jadual harian. Nampaknya hanya satu penyelesaian sahaja bagi menghilangkan kekusutan pemikiranku: tutup sahaja jadual-jadual waktu tersebut dan berhenti memikirkannya. Tidak perlulah diendahkan perkara-perkara yang tidak mendatangkan kesan pada diriku dalam masa depan yang tersingkat. Ini sahajalah nasihat waras yang boleh aku berikan pada diri sendiri agar tidak terus hilang siuman dibuat tekanan.
Lebih elok lagi aku menumpukan perhatian kepada apa yang bakal dilalui
minggu ini. Ah, lega sedikit apabila melihat jadual minggu ini, tidaklah
seteruk mana. Sekali imbas ku lihat petak-petak jingga
di jadual waktu menandakan kelas jenis teknologi maklumat yakni kelas yang
tidak terlalu membebankan bagiku.
Mujurlah, minggu pertama ini tidak dijadualkan kelas untuk hari Jumaat.
Cuti agaknya. Apa sekalipun sebabnya, tidak penting. Yang penting, rehat di
hujung minggu yang pertama panjang sedikit. Eloklah macam tu, tidaklah terlalu penat
minggu pertama ni.
Alamak! Diperhatikan dengan lebih terperinci, nampaknya esok ada kelas tutorial bersama Encik L, pensyarah yang terkejar-kejar dalam kelas, mengajar laju seperti lipas kudung. Oh tidak! Menggelegaklah otakku esok. Aku belum bersedia menghadapi kelas Encik L! Ini tidak adil bagiku! Tetiber ader plak lagu latar Yuna, “Penakut”: Ini tidak adil, tidak adil, tidak adil bagiku~
Niat aku sebenarnya nak menulis entri yang ringkas sahaja kali ini, tapi sekali sudah mula menaip, jari-jemariku seolah-olah tidak mahu berhenti. Aku rasa diriku lebih sesuai mengambil kursus penulisan, sastera atau bahasa. Sure tak bosan punyer.
Baiklah, aku terpaksa berhenti sahaja di sini, sebelum melarat dan melarut lantas terus terlambat bangun esok pagi justeru terasa diri sendiri seperti satu kegagalan yang menghampakan kerana kelas pertama pun boleh terlepas. Tetapi sebenarnya kalau terlepas pun mungkin aku lagi suka.
Selamat malam semua.
2 ulasan:
i can see a happy smile on his face.good for him.huhu...
ayat bm kau sarkastik la hakim.hahaha.aku suke! ^_^ belajar rajin-rajin bakal jurutera.hehe
Hehe, glad you liked it! :)
Catat Ulasan