English: I poop rainbows     Bahasa Melayu: Ku terfikir     Laman Peribadi

Koleksi Pantun

Penari zapin dan kuda kepang,
Gerak-gerinya bersopan-santun,
Kalau ada masa yang lapang,
Marilah kita berbalas pantun.

Pantun Nasihat
                   Kalau bijak mengubah suai,
                  Kain buruk jadi pakaian puteri,
                  Kalau memang pandai menggulai,
               Badar pun boleh jadi tenggiri.
Mulut bau madu, pantat bawa sengat,
Muka licin, ekor berkedal,
Kata-kata manis jangan dengar sangat,
Nanti kelak pasti menyesal.
Nak ketupat rendang tunggulah Syawal,
Nak masaknya tu bukannya segera,
Bermaaf-maafan biarlah awal,
Tak perlulah tunggu Hari Raya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © Ku terfikir