English: I poop rainbows     Bahasa Melayu: Ku terfikir     Laman Peribadi

Rabu, 12 Mac 2014

Bomoh

Hari ini, penuh ruangan Facebook aku dengan pelbagai pautan dan komen mengenai satu video yang sedang hangat ditonton dan dibicara. Aku pun di waktu petang ni, penat; tidak terdaya melawan perasaan curiga.
 
Maka aku totntonlah video tersebut. Kelihatan tiga orang dewasa berpakaian serba kemas dan bergaya eksekutif, seperti baharu sahaja selesai daripada mesyuarat penting. 

Tiga orang lelaki yang berkemeja, berkot dan bertali leher tersebut duduk bersila di atas tikar, membuat aksi seolah-olah mendayung sampan. Tapi aku pun kurang pasti sampan jenis apakah yang didayung mereka; encik di hilir sampan sibuk menjunjung dua biji kelapa. Warm-up sebelum dia ambik giliran mendayung kot

Jika ku perhati dengan lebih teliti, aku dapat bayangkan sampan mereka itu sebenarnya bocor dan mereka sedang tenggelam, jika ditafsirkan gaya pemuda segak di tengah yang sibuk seolah-olah mencedok air dengan bakulnya.

Bercampur-baur perasaan di hati. Serentak ku geli hati melihat kepelikan gelagatnya, sekaligus pilu menyaksikan kebodohan yang begitu pekat. Kalau nak main dayung-dayung aras tikar, buatlah di kawasan yang terpencil sikit. Asal buat kat KLIA la sial. Tak perlulah kecoh kat dunia. Kan orang dah gelak.

Tiada ulasan:

Catat Komen

 
Copyright © Ku terfikir