Hari ini, penuh ruangan Facebook aku dengan pelbagai pautan dan komen 
mengenai satu video yang sedang hangat ditonton dan dibicara. Aku pun di
 waktu petang ni, penat; tidak terdaya melawan perasaan curiga. 
 
Maka aku totntonlah video tersebut. Kelihatan tiga orang dewasa 
berpakaian serba kemas dan bergaya eksekutif, seperti baharu sahaja 
selesai daripada mesyuarat penting. 
Tiga orang lelaki yang berkemeja, 
berkot dan bertali leher tersebut duduk bersila di atas tikar, membuat aksi
 seolah-olah mendayung sampan. Tapi aku pun kurang pasti sampan jenis 
apakah yang didayung mereka; encik di hilir sampan sibuk menjunjung dua 
biji kelapa. Warm-up sebelum dia ambik giliran mendayung kot. 
Jika ku 
perhati dengan lebih teliti, aku dapat bayangkan sampan mereka itu 
sebenarnya bocor dan mereka sedang tenggelam, jika ditafsirkan gaya 
pemuda segak di tengah yang sibuk seolah-olah mencedok air dengan 
bakulnya. 
 
Bercampur-baur perasaan di hati. Serentak ku geli hati melihat kepelikan gelagatnya, sekaligus pilu menyaksikan kebodohan yang begitu pekat. Kalau nak main dayung-dayung aras tikar, buatlah di kawasan yang terpencil sikit. Asal buat kat KLIA la sial. Tak perlulah kecoh kat dunia. Kan orang dah gelak.